Informasi Untuk Penulis

Hantar: Manuskrip lengkap, atau sampel bab melalui emel, dalam format Microsoft Word, 1.5-spaced, Times New Roman 12pt, halaman bernombor. Elakkan format yang tidak penting. Format PDF tidak digalakkan. Hantar manuskrip dalam satu fail sahaja dan jangan hantar dalam fail berasingan. Penghantaran manuskrip melalui pos tidak digalakkan dan tidak akan dikembalikan melainkan anda menampung kos pos.

Ringkasan manuskrip / kertas cadangan anda (1-2 mukasurat), dan jumlah kata (termasuk nota, lampiran dan lain-lain) jika manuskrip lengkap.

Biografi penulis. Keterangan mengenai bagaimana buku yang anda cadangkan berbeza dari buku-buku lain di pasaran, kelayakan anda untuk menulis tentang topik yang dipilih, dan apa-apa idea untuk promosi.

Kami mengalu-alukan:

fiksyen yang mencabar

bukan-fiksyen mengenai isu-isu penting yang jarang disentuh atau kurang mendapat perhatian

Tidak digalakkan:

Koleksi ruangan akhbar tanpa suntingan.

Isu-isu yang tidak berkaitan dengan matlamat kami; ini termasuk perniagaan, hartanah, bantu diri, tatabahasa, dan lain-lain.

Sila hantar manuskrip anda ke: penerbitan@gerakbudaya.com. Jika kami berminat untuk menerbit manuskrip anda, kami akan menghubungi anda kembali dalam tempoh satu bulan.

Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) is our academic imprint with a focus on the areas of Malaysian and Southeast Asian humanities and social sciences particularly in the fields of politics, history, social studies, gender, environmental studies, economics and arts & culture.

To find out more about publishing your work with SIRD please visit our Publications Guidelines.