Distribusi

Gerakbudaya adalah pengedar buku yang bertempat di Malaysia. Kami mengedarkan buku-buku yang berkait rapat tentang Malaysia dan rantau Asia Tenggara, khususnya dalam bidang/subjek kemanusiaan, sains sosial dan juga pelbagai jenis fiksyen serta bukan fiksyen.  Kami juga mengedarkan buku bagi penerbit dari Malaysia dan antarabangsa, institusi dan NGO.

Sebagai pengedar kami membekalkan buku ke seluruh negara kepada semua kedai-kedai buku rangkaian MPH Bookstore, Borders Bookstore, Times The Bookshop, Popular Book Company dan Kinokuniya Book Store. Kami juga mengedarkan kepada pelbagai kedai-kedai buku indie seperti Gerakbudaya Penang, University of Malaya Cooperative Bookshop, Silverfish Books (Kuala Lumpur), Shanghai Bookshop, Book Zone Sdn Bhd (Penang), Commercial Bookshop, Intelligence Bookshop, Mentor Bookshop, First Edition Bookstore, Bookalicious dan Library Agents.

Penerbit dan penulis mandiri (self-publish) yang ingin berbincang tentang pengedaran buku anda, sila hubungi marketing@gerakbudaya.com dan sertakan maklumat mengenai senarai tajuk anda. Pengurus Pemasaran kami akan membalas emel anda.