60 Tahun Islam dibawah Umno-BN: Terbelakah Islam?

( 60 Tahun Islam dibawah Umno-BN: Terbelakah Islam? )

Author/Editor:   

 “ Umat Islam di Palestin menegakkan Islam dengan susah payah. Mereka terpaksa menggunakan Briged Al-Qassam, Atfal Al-Hijarah (kanak-kanak yang bertempur dengan tentera Yahudi) dan roket-roket usang yang apabila dilancarkan entah mendarat atau tidak, entah meletup atau tidak. Sebab apa? Sebab di sana ada Yahudi.

Di Malaysia tidak ada Yahudi. Tidak ada orang kafir yang menentang Islam secara terang-terangan. Tapi apakah perundangan Islam terlaksana? Bukalah mata hati anda sebelum menjawabnya “ya.. terlaksana sangat-sangat!”. Sekadar mengislamkan bangunan dan institusi dalam kempen pilihan raya tidak menjamin manusianya turut menjadi Islamik. Manusia hanya benar-benar menjadi Islamik apabila suasana Islamik itu ada di sekitarnya. Ia dimulakan dengan penegasan. Tegaskan kepada orang banyak bahawa inilah peraturan Islam. Kemudian laksanakanlah peraturan itu, jangan dialmarikan saja.

Meskipun segelintir Melayu radikal (sejahtera ke atas mereka) mendakwa Perlembagaan Malaysia merupakan tinggalan penjajah, sekurang-kurangnya ada sedikit ruang dalam piagam tersebut yang mengistimewakan kedudukan agama Islam di Malaysia. Namun, peluang yang ada itupun tidak dimanfaatkan oleh segelintir golongan yang berperut besar. Di sebalik itu, ada dalang besar yang bertanggugjawab menjauhkan umat Islam di Malaysia daripada kehidupan Islamik. Siapakah dalang tersebut? Buku kecil ini akan membincangkan siapakah dalang dimaksudkan.”


Condition: Good
ISBN: 9789675915000
Published: 2010
Probably First Edition
Item Ref: 5897
First Published: 2010


Price Starting at: RM16.50




 

Please Choose:

Region






Add to Cart:


This product was added to our catalog on Wednesday 28 July, 2010.

Your IP Address is: 54.242.233.11
Copyright © 2013 GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd. Powered by Zen Cart