Shaziman
- seorang jurulatih peribadi happy-go-lucky tiba-tiba buntu bila adik kembarnya
HILANG secara misteri. Nota ugutan yang diterima membuatkannya cuba menjejak
tanpa melaporkan kepada polis. Dengan bantuan Jo, seorang penyiasat peribadi,
Shaziman mencari adiknya berdasarkan beberapa catatan buku nota...
Khairani
- seorang gadis kampung yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan
mengejar cinta. Dia perlukan banyak wang untuk mengubat kakaknya yang diserang
penyakit ganjil. Setelah dia berjaya memenangi hati Zed, lelaki yang
diminatinya, Khairani diperkenalkan olehnya kepada dunia baru di mana wang
boleh diperolehi dengan mudah...
Shaziman
dan Khairani ditakdirkan bertemu dalam satu situasi yang janggal. Shaziman
tidak menyedari bahawa Khairani menyimpan kunci tentang misteri kehilangan
kembarnya.
This product was added to our catalog on Monday 06 August, 2012.