Pengalaman politik dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan kontemporari sangat menarik untuk diperhatikan. Pelbagai praktik baru dan impak yang wujud, sewaktu dan selepas pilihan raya itu. Antaranya, perilaku pengundian berdasarkan faktor isu, persekitaran atau parti berbanding berasaskan kaum. Barisan Nasional sebagai parti pemerintah pula, kini tidak lagi begitu dominan di dalam persaingan pilihan raya dan politik Malaysia. Sebaliknya, BN mula mengalami gugatan yang berkesan dari pakatan parti pembangkan, Pakatan Rakyat.
Buku ini secara dasarnya membuat analisis dan perbincangan berkenaan praktik PRU 2008 berdasarkan kerangka teori politik pilihan. Namun, impak dan praktik dalam politik Malaysia selepas pilihan raya itu turut dibincangkan. Ini termasuklah analisis Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 dan Kuala Terengganu 2009, Krisis Politik Perak dan penilaian tentatif politik Malaysia di bawah pemerintahan Dato' Seri Najib Razak.
This product was added to our catalog on Wednesday 01 July, 2009.