Product 108/251
Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah S.W.T, Terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan khaliq. Sungguh amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dalam solat, adakalanya tumpuan dan ingatan seseorang itu kepada Allah S.W.T di dalam solat hanyalah sedikit sahaja. Selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.
This product was added to our catalog on Friday 08 June, 2012.